Ads 468x60px

Featured Posts

PROGRAM SEKOLAH LESTARI SKBBSP 2

Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar adalah suatu usaha bagi melaksanakan Dasar Alam Sekitar Negara.

PPPM 2013-2025: Gelombang 2 (2016- 2020)

Hasrat Kerajaan untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia akan tercapai dengan penglibatan semua pihak.

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SEKOLAH

SK Bandar Baru Seri Petaling 2 akan menjadi Sekolah UnggulPenjana Generasi Gemilang...INSYAALLAH.

KALENDAR 2016

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN 2016
 * Perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.Admin

Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah & Pengawas PPDa

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas PPDa SK Bandar Baru Seri Petaling 2 bagi Tahun 2016. Ketua Pengawas yang dilantik ialah Nurul Anis dari kelas Tahun 6 Cekap. Syabas dan Tahniah kepada semua yang dipilih. Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.




DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN PELAJARAN (DSKP) TAHUN 6

DSKP Semua Subjek Tahun 5

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua warga guru.

Berikut disenaraikan link download DSKP semua subjek KSSR Tahun 6 bagi tahun 2016. Semoga bahan yang diuploadkan memberi  manfaat kepada semua guru SKBBSP 2.


DOWNLOAD

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) TAHUN 6 SK



Salam sejahtera, pada tahun 2016 Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan merangkumi murid tahun 6. Untuk memudahkan guru-guru SKBBSP 2, saya uploadkan RPT Tahun6 untuk rujukan guru-guru semua. Semoga tahun 2016 membolehkan guru-guru mencapai kejayaan yang cemerlang.

Boleh muat turun dengan klik pada link dibawah:
LINK AKAN DI KEMASKINI DARI MASA KE SEMASA.

MAJLIS JAMUAN GURU DAN MAJLIS PERPISAHAN

Majlis jamuan hujung tahun SK Bandar Baru Seri Petaling 2 telah diadakan di Cititel Hotel Midvalley. Majlis ini juga turut meraikan guru yang akan berpindah iaitu Ustaz Fazli yang akan berpindah ke Hulu Langat Selangor, Cikgu Basiroh ke Kinrara Selangor dan Cikgu Noraini ke Melaka. Kami mendoakan Semoga kalian lebih berjaya di tempat baru nanti dan ukhuwah yang dibina selama ini akan terus berkekalan.




Sambutan Hari Kanak-Kanak SKBBSP2 2015

Pada 6 November yang lepas,telah diadakan sambutan hari kanak-kanak peringkat sekolah. Banyak program yang telah dijalankan bagi meraikan kanak-kanak yang juga murid Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling 2.





Sambutan Hari Raya & Persaraan Cikgu Nor Adzli B. Ishak

Pada 31 Julai 2015 telah diadakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah dan juga majlis persaraan cikgu Adzli yang bersara pilihan. Pihak Sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada cikgu Adzli dan terima kasih atas segala khidmat dan sumbangan sepanjang bergelar guru di SKBBSP2.




SUKAN TAHUNAN SKBBSP2 2015

Sukan Tahunan telah diadakan pada 26 April 2015 yang lalu,pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan kepada murid-murid yang memenangi acara yang disertai. Syabas kepada semua guru dan ibu bapa yang turut sama menjayakan dan bertungkus lumus bagi memastikan kejohanan kali ini meriah. Syabas!



DOKUMEN STANDARD KANDUNGAN PELAJARAN (DSKP) TAHUN 5

DSKP Semua Subjek Tahun 5



Salam Sejahtera semua warga guru.

Berikut disenaraikan link download DSKP semua subjek KSSR Tahun 5 bagi tahun 2015. Semoga bahan yang diuploadkan memberi  manfaat kepada semua guru SKBBSP 2.


DOWNLOAD

RPT(RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN) TAHUN 5 SK



Salam sejahtera, pada tahun 2015 Kurikulum Standard Sekolah Rendah akan merangkumi murid tahun 5. Untuk memudahkan guru-guru SKBBSP 2, saya uploadkan RPT Tahun 5 untuk rujukan guru-guru semua. Semoga tahun 2015 membolehkan guru-guru mencapai kejayaan yang cemerlang.

Boleh muat turun dengan klik pada link dibawah:

HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) TAHUN 2015, KPM TELAH DIBUKA UNTUK PRMOHONAN


Iklan tawaran HAdiah Latihan Persekutuan separuh masa dan sambilan telah dibuka untuk permohonan dari 16 April 2015 sehingga 8 Mei 2015. Permohonan boleh dibuat pada laman sesawang www.moe.gov.my  atau boleh klik pada link yang disediakan di bawah. Para guru yang ingin melanjutkan pelaran di peringkat sarjana bolehlah ke laman tersebut untuk meluhat syarat dan cara untuk memohon. 


PANDUAN GST


GRED BARU PEPERIKSAAAN/UJIAN TAHUN 2015

Perubahan gred mulai tahun 2015 untuk makluman semua guru dan ibu bapa yang anak bersekolah. Perubahan ini selaras dengan kehendak semasa pendidikan. Perubahan ini merangkumi kesemua peringkat persekolahan iaitu:
  •    Sekolah Rendah (Tahun 4-Tahun 6)
 Julat Markah dan Gred untuk Darjah 6 (KBSR) Julat yang lama masih digunakan
             
MARKAH
GRED
80-100
A
60-79
B
40-59
C
20-39
D
01-19
E
00
TH

Julat Markah dan Gred untuk Darjah 4 dan Darjah 5 (KSSR) yang baru:

MARKAH
GRED
85-100
A
70-84
B
60-69
C
50-59
D
40-49
E
01-39
F
00
TH

MAKLUMAN: Jika semua subjek mendapat E masih dikira LULUS (Menguasai) tetapi jika ada satu subjek mendapat F maka keputusannya GAGAL (Tidak Menguasai)
  •    Sekolah Menengah Rendah ( Tingkatan 1 -Tingkatan 3)

MARKAH
GRED
85-100
A
70-84
B
60-69
C
50-59
D
40-49
E
01-39
F
00
TH
  •    Sekolah Menengan Atas (Tingkatan 4- Tingkatan 5)

MARKAH
GRED
90-100
A+
80-89
A
70-79
A-
65-69
B+
60-64
B
55-59
C+
50-54
C
45-49
D
40-44
E
01-39
F
00-00
TH

MAKLUMAN: Jika semua subjek mendapat E masih dikira LULUS (Menguasai) tetapi jika ada satu subjek mendapat F maka keputusannya GAGAL (Tidak Menguasai)


PROGRAM NILAM DAN LAWATAN PPDa

Bagi menyemai sikap membenci dadah, terdapat lawatan dari pihak ibu bapa dan bekas murid SKBBSP2 yang turut sama memberi sokongan terhadap Program Pencegahan Anti dadah. Pihak luar dan warga SKBBSP2 sama-sama memberi sokongan kepada program PPDa.




PROGRAM PENCEGAHAN ANTI DADAH

Murid SK Bandar Baru Seri Petaling 2 sememangnya telah dipupuk dengan sikap untuk membenci dadah, Pelbagai program telah dilakukan oleh jawatankuasa PPDa SKBBSP2 bagi menyemai semangat kerjasama untuk menjayakan dan mengukuhkan lagi PPDa kepada setiap warga SKBBSP2. Ini selaras dengan sasaran untuk mencapai hasrat " Negara Bebas Dadah ".





 

The Star Online Highlights

Bilangan Pelawat

Blogged.my