Pages

Ads 468x60px

LAPORAN PROGRAM GOTONG-ROYONG LESTARI

LAPORAN PROGRAM GOTONG ROYONG LESTARI
Laporan Aktiviti Gotong Royong
Tarikh: 24 Feb 2012
Masa: 8.00 – 11.00pg
Lokasi/Sasaran: Sekitar kawasan SK Bandar Baru seri Petaling (2).
Kehadiran: Murid-murid dan guru-guru.

Objektif gotong-royong:
1.    Memupuk semangat bekerjasama di antara murid-murid dan guru-guru SK Bandar Baru Seri Petaling 2.
2.    Menceriakan kawasan sekolah dan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes.
3.    Memupuk cintakan alam dan kebersihan dalam diri murid-murid.

Laporan aktiviti:

Pembahagian Zon:
Zon 1: Kawasan Longkang dan sekitarnya.
Zon 2: Padang sekolah
Zon 3: Taman-taman di sekitar sekolah
Zon 4: Bilik-bilik khas dan kelas

Peralatan gotong-royong:
Setiap murid dikehendaki membawa kain buruk sahaja dan peralatan-peralatan lain akan disediakan oleh pihak sekolah jika perlu seperti plastik sampah, bakul sampah, penyapu, pongkes dan lain-lain.

Aktiviti:
Pembahagian zon mengikut kelas bagi memudahkan pengurusan murid-murid. Setiap guru kelas bertanggungjawab mengawal aktiviti murid. Aktiviti gotong-royong dimulakan pada pukul 8.30 pg setelah selesai taklimat yang diberikan oleh guru penyelaras gotong-royong. Gotong royong dimulakan dengan aktiviti membersihkan dan mengutip sampah-sarap yang dijumpai pada zon yang telah ditetapkan.
Aktiviti diteruskan dengan gotong-royong di bilik guru bagi memastikan kecerian tempat rehat guru.

Murid sedang mengutip sampah mengikut zon yang ditetapkan.

Murid tahun 1 turut berperanan menceriakan kawasan sekolah.

Semangat kerjasama menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk Aedes.


Sampah-sarap dikumpulkan


 Gotong-royong tempat rehat bilik guru


Tandas dibersihkan dan dibaiki bagi mengelakkan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

AMALAN LESTARI: PENGGUNAAN KAIN PERCA SEBAGAI ALAS MEJA

PENGGUNAAN KAIN PERCA DIJADIKAN ALAS MEJA

Pengenalan projek :


Kain perca adalah kain-kain kecil sisa dari pemotongan kain pada proses pembuatan sesuatu seperti baju, tirai dan lain-lain. Ramai beranggapan kain perca atau potongan kain sisa ini sudah tidak boleh digunakan atau tak bernilai lagi.Jika sesuai ianya hanya boleh dijadikan kain pengelap.Namun bagi sebahagian orang yang kreatif bahan perca ini boleh menjadi barang yang bernilai tinggi apabila diolah dengan pelbagai kreativiti.

Salah satu pemanfaatan kain perca yang sering dilakukan adalah dengan menjadikannya sebagai alas meja. Proses penghasilannya adalah dengan mencantumkan beberapa kain perca tersebut sehingga menjadi helaian kain yang lebih besar mengikut saiz yang dikehendaki Oleh itu, penggunaan kain perca sebagai bahan utama akan dapat mengurangi sampah yang dibuang dan dengan bermodalkan kerajinan, usaha ini secara tidak langsung boleh menjadi sumber pendapatan.

Objektif :

1. Melestarikan amalan hidup yang sederhana.
2. Memanfaatkan bahan terpakai atau lebihan kain menjadi produk berkualiti.
3. Menarik minat murid melalui seni dan kreatif jahitan.
4. Menceriakan suasana pembelajaran di dalam bilik darjah.

Faedah :

1. Mengelakkan pembaziran tanpa perlu membeli kain alas yang baru.
2. Memupuk sikap menghargai pakaian melalui penggunaan kain perca.
3. Penggunaan kain perca sebagai alas meja lebih menjimatkan dan tahan lama.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek :

i. Pentadbir Sekolah
ii. Guru Kelas
iii. Ibu bapa
iv. Murid-murid

Status Pelaksanaan projek/pencapaian :

Suasana di dalam kelas bertambah ceria dan murid-murid bekerjasama menjaga kelas masing-masing supaya kain alas tersebut tidak rosak atau hilang.

Masalah/kekangan yang dihadapi :

i. Kekurangan tenaga guru yang mahir untuk menjahit kain-kain perca tersebut.
ii. Kekangan waktu.
iii. Sumber kain perca yang kurang mencukupi.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat :

Projek lestari ini memerlukan komitmen yang baik daripada guru-guru, ibu bapa dan semua murid bagi menyiapkan alas-alas meja dengan kain perca di kelas masing-masing. Oleh itu, sokongan daripada semua pihak termasuk ibu bapa amatlah perlu bagi menjayakannya.

Di samping itu,guru-guru kelas akan terus menasihati murid-murid agar menghargai dan menjaga hasil kerja tersebut.

Perancangan seterusnya :

Usaha pemanfaatan kain perca akan diperluaskan lagi di sekolah terutama di dalam bilik darjah,bilik-bilik khas,di kantin dan lain-lain.Pelbagai produk lain juga boleh dihasilkan menggunakan kain perca seperti membuat kotak pensil, beg,dompet dan sebagainya.Guru-guru juga akan membimbing murid-murid yang berminat untuk menyumbangkan hasil kreativiti mereka melalui aktiviti persatuan dan kelab.


MAJLIS PELANCARAN KUNTUM-DUTCH LADY COLOURING CONTEST 2013


Pada 26 Februari 2013 pihak Dutch Lady dan Majalah Kuntum telah mengadakan Majlis Pelancaran Kuntum-Dutch Lady Colouring Contest 2013. Majlis telah berjalan dengan lancar, semua murid menerima goodies bag dari pihak Kuntum dan Dutch Lady. Pertandingan ini menyediakan hadiah yang lumayan. Pertandingan bagi tahun ini akan bermula di Space U8 dan diperluaskan ke seluruh negara. Maklumat tarikh dan tempat untuk venue yang lain akan dimaklumkan kemudian.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKBBSP 2 KALI KE 12


Mesyuarat agung PIBG SKBBSP 2 kali ke 12 telah diadakan pada 23 Februari 2013 iaitu pada hari Sabtu yang lalu. Bilangan ibu bapa yang datang pada mesyuarat itu berkurangan dari tahun yang sebelumnya ini berikutan terdapat beberapa sekolah di sekitar yang mengadakan mesyuarat yang sama. Majlis berjalan dengan lancar. Pada mesyuarat ini, YDP PIBG iaitu En Malik tidak lagi bersama SKBBSP 2 disebabkan anak beliau telah berpindah sekolah. Pihak SKBBSP 2 mengucapkan jutaan terima kasih diatas sumbangan yang telah diberikan untuk sekolah ini. Kepada AJK PIBG yang baru diucapkan tahniah diatas perlantikan tersebut. Diharap kerjasama yang diberikan dapat meningkatkan pencapaian sekolah.

SENARAI AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU BAGI SESI TAHUN 2012/2013

PENASIHAT : PN ROKIAH BT ZAKARIA
YANG DIPERTUA: EN BADAR BIN BASIR
NAIB YANG DIPERTUA : EN ZAHARUDDIN MARICAN
SETIAUSAHA KEHORMAT: CIK ASLAWIYAH BT MAT DAUD
BENDAHARI KEHORMAT:  PN NG LEE CHING

AJK(IBU BAPA)
1. PN LATIFAH
2. EN KHAIRUN NASIR
3. PN NOREHAN
4. EN ZULKIFLI BAHARUDDIN
5. EN ZULKIFLI KASBI
6. EN RAHMAT SHAH

AJK(GURU)
- DIKEKALKAN SEPERTI TAHUN LEPAS

PEMERIKSA KIRA-KIRA
1. EN KHALID ZAM ZAM (WAKIL IBUBAPA)
2. PN ZIRAWATI BT RAMLI (WAKIL GURU)

GURU DAN STAF SK BANDAR BARU SERI PETALING 2

SENARAI NAMA GURU SKBBSP2
BIL
NAMA
JAWATAN
             1
PN KHATIJAH BT MAULUD
GURU BESAR
             2
EN ADNIN TAN B ABDULLAH
GPK TADBIR KURIKULUM
            3
EN WONG CHEONG WAH
GPK HAL EHWAL MURID
            4
EN RAJENDREN A/L GANNESEN
GPK KOKURIKULUM
            5
EN ABD RAUF BIN AZRAII
GURU AGAMA / GURU KAUNSELING
       6
EN MOHD GHADUAN B IBRAHIM
GURU AGAMA
            7
EN ZAHARUDDIN BIN ZAINAL
GURU AGAMA
            8
EN MUHD FAUZI BIN MD ISA
GURU DATA
            9
EN AHMAD MUHAIMIN BIN ISHAK
GURU ICT
       10
EN MUHD NAZRIL HAYAT BIN AZMI
GURU PEPERIKSAAN
           11
EN MUHD AFIQ AZBA BIN SULAIMAN
GURU DISIPLIN
          12
PN FAIZAH BT HAMZA
GURU PUSAT SUMBER MEDIA
      
      13
MOHD RUSLI BIN DERAMAN
GURU
          14
EN HAIRUL IZUAN BIN BIDIN
GURU
          15
EN ZAMRI BIN MAT NOR
GURU
          16
CIK NORAWATI BT MAHMOOD
GURU PENGAWAS SEKOLAH
      17.    
PN SITI FATIMAH BT ABDULLAH
GURU SPBT
      18.    
CIK ASLAWIAH BT MAT DAUD
GURU
      19.    
PN ROZAINI BT MOHAMAD
GURU
      20.    
PN ROZITA BT ZAKARIA
GURU KWAMP
      21.    
PN NORWANA BT ABDUL WAHAB
GURU
      22.    
PN NORHANI BT MOHD FAUZI
GURU
      23.    
PN SIDDEQAH BT KHAJA KAMALUDDEEN
GURU AGAMA
      24.    
PN FARIHIN BT OTHMAN
GURU
      25.    
PN GAVITHRA A/P MANIAM
GURU
      26.    
PN KISHANTINI A/P NARANAN
GURU
      27.    
PN NAZIAH BT HASHIM
GURU PEMULIHAN
      28.    
PN SHARIPAH BT ABDULLAH
GURU PRASEKOLAH
      29.    
CIK MASLINA BT MUSA
PEMBANTU TADBIR
      30.    
PN MARZIYANA
PEMBANTU TADBIR
      31.    
PN SITI BALKIS BT ABDULLAH
PEMBANTU PRA SEKOLAH

 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog