Pages

Ads 468x60px

PERTANDINGAN PPDA ZON BANGSAR PUDU 2013


Pada hari Sabtu 20 April 2013 berlangsung pertandingan PPDA peringkat zon Bangsar Pudu. SKBBSP 2 telah menghantar 3 pasukan yang terlibat dengan pertandingan melukis poster, mendeklamasikan sajak dan ePPDA. Sekolah kita telah mendapat johan dalam pertandingan ePPDA. Syabas diucapkan kepada semua murid-murid yang terlibat dan yang berjaya. Pasukan ePPDA akan terpilih untuk bertanding di peringkat negeri.

MAJLIS PENUTUP MINGGU PPDA SKBBSP 2 TAHUN 2013


              Minggu PPDA tahun 2013 telah diadakan selama sebulan. Sepanjang bulan tersebut murid terlibat dengan aktiviti yang telah dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling. Majlis penutup telah diadakan pada 19 April 2013, majlis telah dihadiri oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan. Program dimulakan dengan cemaah antidadah oleh pegawai AADK dan selepas itu murid dibawa melawat ke pameran dadah. Pihak AADK telah menyediakan bas pameran bergerak bagi tujuan tersebut. Diharap dengan program yang dijalankan dapat menyedarkan murid-murid tentang bahaya dadah dan sasaran Sekolah Bebas Dadah Tahun 2015 tercapai.

LDP KALI KEDUA 2013


Bagi memenuhi tujuh hari berkursus untuk penjawat awam maka Jawatankuasa Kursus Dalaman Sekolah telah mengadakan kursus LDP kali kedua pada 13 Mac 2013 bersamaan hari Sabtu. Tajuk yang dipilih adalah Pengurusan Perkhidmatan yang disampaikan oleh Pegawai Perkhidmatan En Abd Rahman b Rohani dari PPWBP. Selepas itu disambung dengan taklimat SPSK . Semoga kursus yang dijalankan memberi manfaat kepada tugas sebagai pendidik.

HARI KELUARGA SKBBSP 2 30-31 MAC 2013 DI MELAKA

Pada 30 dan 31 Mac 2013 yang lalu dan Badan Kebajikan Guru (BKG) telah menganjurkan Hari Keluarga SKBBSP 2 di Melaka. Program selama dua hari ini bertujuan mengeratkan lagi tali silaturrahim diantara warga SKBBSP 2 dan melepaskan tekanan kerja yang semakin banyak sejak akhir-akhir ini. Program selama dua hari ini berjalan dengan lancar, BKG telah mengatur program dengan baik diantara aktiviti yang dijalankan adalah Lawatan Ke Muzium Kapal Selam, Cowboy Town A Farmosa, Sukan Keluarga di Kolam penginapan dan Safari World A Farmosa. Kepada guru-guru yang ingin mendapatkan gambar sila berjumpa dengan Cikgu Leman.

 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog