Pages

Ads 468x60px

LAPORAN PROGRAM LESTARI

LAPORAN PROGRAM LESTARI SK BANDAR BARU SERI PETALING 2

 LAPORAN PROGRAM DAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN

5. Laporan Projek Guna Semula Serbuk Teh Sebagai Baja Tambahan Pokok

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

LAPORAN LESTARI AMALAN MEMAKAN KISMIS

Pengenalan projek :

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala dikenali di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.

Kismis terdiri daripada 67% ke 72% gula mengikut berat, dan kebanyakannya daripada fruktosa dan glukosa. Kismis juga terdiri daripada 3% protein dan 3.5% serabut diet. Kismis juga sebagaimana buah prun dan aprikot, tinggi dengan antioksidan tertentu. Seperti juga buah-buahan kering yang lain, kismis mempunyai kandungan vitamin C yang rendah.

Penggunaan kismis adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek. Kini kismis boleh berperanan sebagai salah satu alternatif bahan makanan yang wajar dijadikan snek makanan kepada anak-anak. Justeru,kita perlu mengubah persepsi bahawa kismis hanya bahan makanan yang dimakan sewaktu menjelang peperiksaan atau majlis keramaian tertentu.

Objektif Projek :

i. Menjadikan kismis iaitu sumber pemakanan sunnah sebagai amalan harian.
ii. Memanfaatkan kebaikan yang terkandung dalam buah kismis.
iii. Memberi pendedahan dan galakan kepada murid-murid tentang pemakanan kismis sebagai altenetif untuk mencerdaskan minda.

Faedah Kismis :

Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan). Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

Kajian terbaru oleh Christine D.Wu dari Universiti Illinois, Chicago, Amerika Syarikat turut mendapati meskipun kismis mempunyai kandungan gula yang tinggi, kismis mempunyai antioksidan yang membantu melawan bakteria dalam mulut yang mengakibatkan kaviti dan penyakit gusi.

Antara lain faedah dan kelebihan kismis yang dikenalpasti ialah:

a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam
dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyperaktif dan sebagainya.

Pihak yang terlibat dalam pelaksanaan projek :

i. Pentadbir Sekolah
ii. Guru-guru
iii. Badan Kebajikan Guru dan Staf
iv. Ibu bapa
v. Murid-murid

Status kemajuan pelaksanaan projek :

Sepanjang tempoh pelaksanaan projek ini beberapa kemajuan telah dapat dikesan oleh guru-guru antaranya :

i. Murid-murid semakin menggemari snek sihat ini dan menjadikan kismis sebagai salah satu bekalan ringan mereka ketika hadir ke sekolah.

ii. Murid yang mengamalkan pemakanan kismis secara berterusan setiap hari menampakkan kesan positif seperti lebih bersemangat untuk belajar dan memberi lebih tumpuan kepada sesi pembelajaran.

iii. Amalan memakan kismis bukan tertumpu kepada murid Tahun Enam sahaja tetapi turut diikuti oleh murid-murid di tahun lain.

Masalah/Kekangan yang dihadapi :

Kismis terdiri daripada saiz dan warna yang berbeza antaranya hitam,kuning dan perang. Manakala rasanya kadang-kadang terlalu manis dan ada juga yang sedikit masam.Oleh itu faktor ini menjadikan guru-guru menghadapi sedikit kesukaran untuk mendapatkan bekalan kismis yang sesuai dan memenuhi citarasa murid-murid. Namun kini kepelbagaian produk jualan berasaskan kismis seperti roti,biskut dan kuih muih juga sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk lebih menggemari kismis.

Tindakan selanjutnya sehingga projek tamat :

1. Galakan terus dari masa ke semasa supaya murid-murid menjadikan amalan makan kismis sebagai rutin harian mereka di sekolah mahupun di rumah. 

2.Guru-guru akan menjadikan kismis sebagai hadiah atau ganjaran kepada murid yang menunjukkan kemajuan dalam pelajaran.

Perancangan seterusnya:

1. Kanak-kanak masa kini tidak lagi gemar dengan makanan yang terlalu pelbagai, sebaliknya mereka lebih gemar makanan yang lebih santai. Oleh kerana itu, kerjasama dan galakan daripada ibu bapa amatlah perlu supaya menjadikan kismis sebagai snek makanan ringan untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah.

2. Di sekolah, pihak pengusaha kantin atau Badan Kebajikan Guru akan memastikan jualan kismis adalah secara berterusan bagi menggantikan snek harian murid-murid yang kurang sihat seperti keropok, ais krim, gula-gula, lolipop, kerepek ubi kentang, jeruk dan sebagainya.


 

Bilangan Pelawat

Blogged.my
ping blog